PIHAK pengurusan Unifi TV tampil memberikan respons berhubung kritikan dan keluhan peminat bola sepak yang mempertikaikan kualiti barisan pengulas serta kandungan analisis sepanjang siaran langsung kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 yang sedang berlangsung.
Isu tersebut mula menjadi bualan di media sosial apabila rata-rata pelanggan pakej berbayar meluahkan rasa tidak puas hati. Mereka juga mendakwa khidmat pengulas yang disediakan sekadar ‘tangkap muat’, selain menggunakan pengisian sama seperti saluran percuma milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Mengulas mengenai perkara itu, Penolong Pengurus Besar, Ketua Kempen dan Naratif (Perniagaan dan Teknologi) Komunikasi Strategik TM, Sharmila Theenathayalu menegaskan pihaknya sentiasa peka dan mengambil perhatian serius terhadap setiap maklum balas serta rungutan yang disuarakan penonton demi menjaga kualiti perkhidmatan mereka.

RTM berkolaborasi dengan Unifi TV sebagai penyiar Piala Dunia 2026.






