Hiburan

Paru-paru Amir Raja Lawak belum pulih, doktor pesan perlu berehat panjang

PELAWAK Amir Raja Lawak memaklumkan dia masih memerlukan rehat yang panjang walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah susulan dua minggu rawatan akibat influenza B dan jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Berkongsi perkembangan kesihatannya, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata keadaan paru-parunya masih belum pulih sepenuhnya namun keadaannya kini lebih baik selepas dibenarkan berehat di rumah.

"Alhamdulillah, keadaan saya jauh lebih baik dan sihat berbanding ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad hospital.

Amir sebelum ini menerima rawatan akibat influenza B dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh