PELAKON Raja Atiq meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah produksi yang kini lebih cenderung memilih pempengaruh media sosial sebagai pelakon meskipun tidak mempunyai asas lakonan.
Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, berpendapat peluang berlakon seharusnya diberikan kepada mereka yang benar-benar berbakat dan memahami seni lakonan.
“Saya bukan tak ada kerja lain, boleh saja buat benda lain. Tapi kenapa saya pilih berlakon? Sebab nak tunjukkan kualiti lakonan kita.

Luahan hati Atiq di Threads miliknya.






