PENAMPILAN anak perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Thalita ketika menghadiri majlis gender reveal yang berlangsung pada petang Sabtu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak di media sosial.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Thalita atau Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, dilihat tampil anggun mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan off-shoulder.
Bagaimanapun, penampilan remaja itu dikritik terlalu seksi atau mencolok mata memandangkan usianya yang masih muda.

Antara komen-komen yang diterima di media sosial.






