Hiburan

Padah diet! Sweet Qismina akui hilang deria rasa manis

PELAKON Sweet Qismina mengakui deria rasanya kini sudah tidak lagi dapat menerima sebarang makanan atau minuman manis selepas disiplin mengamalkan diet demi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal di hadapan kamera.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, mendedahkan tabiat menjaga pemakanan itu mula dipraktikkan secara konsisten sejak membintangi filem Babah dan dia berhasrat mengekalkan susuk fizikalnya untuk selamanya.

Menurut Sweet, keputusannya untuk tidak lagi mengambil gula dalam diet harian bukan sahaja membantu mengawal berat badan, malah mengubah seleranya sehingga tidak lagi menggemari hidangan pencuci mulut.

Sweet mahu mengekalkan berat badannya yang sekarang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh