PELAKON Pablo Amirul meluahkan rasa syukur apabila selamat bergelar suami kepada Dr Hana Rose yang sebelum ini memegang status sebagai ibu tunggal.
Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, berkata, perkahwinan yang dibina adalah satu ketentuan Ilahi dan dia reda dengan setiap aturan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam kehidupannya.
Katanya lagi, dia juga bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa tiri.







