PELAKON Pablo Amirul mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Dr Hana Rose pada 2 Februari ini.
Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 41, berkata keputusan untuk bernikah dibuat dalam tempoh singkat kerana enggan menangguhkan perkara baik.
Menurutnya, kesibukan kerjaya masing-masing turut mendorong mereka untuk menyegerakan perancangan tersebut.

Pablo memaklumkan berita pernikahannya itu di Instagram miliknya.






