SELEPAS kisah kemuliaan hatinya membantu sahabat pelakon iaitu Azar Azmi mendapat liputan media, aktres Ozlynn tampil berkongsi cerita disebalik bantuan yang diberikan olehnya itu.
Sekadar mahu berkongsi rezeki, Ozlynn, 45, berkata bantuan itu diberikan atas rasa tanggungjawab sebagai insan yang turut pernah merasai waktu sukar.
"Saya tolong bukan atas dasar nak tunjuk kita kaya atau apa. Sebagai seorang hamba Allah yang pernah rasa kesusahan, menjadi satu tanggungjawab kita untuk membantu.

Ozlynn (kanan) pilih simpan aib sahabat Azar (kiri).






