KETIKA berdepan waktu sukar, pelakon Azar Azmi memberitahu rakan baiknya iaitu aktres Ozlynn Waty antara individu yang tampil memberikan bantuan.
Menurut Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, rakannya itu juga yang banyak mendengar serta mengetahui masalah yang dihadapinya.
“Masa aku susah, ada seorang kawan baik yang tahu cerita iaitu Ozlynn. Tiga hari sebelum ditahan, aku sempat bercakap dengan dia dan cerita semua kronologi.







