PENGARAH filem Bisikan, Opie Zami mendedahkan dia mengalami pengalaman mistik sehingga terpaksa berehat selama dua hari ketika cuba mendalami penyakit skizofrenia demi menjayakan karya itu.
Opie atau nama sebenarnya Mohd Soupi Azmi, 51, berkata dia tidak menyangka permintaannya kepada Allah untuk merasai sendiri keadaan dialami pesakit skizofrenia dimakbulkan sehingga mengalami pengalaman luar biasa.
"Saya sanggup minta kepada Allah supaya diberikan penyakit itu. Dengan izin Allah, saya dapat merasainya sehingga terpaksa berehat selama dua hari.

Opie dapatkan rawatan doktor untuk kembali pulih.






