PELAKON Nurel Baharin mendedahkan dirinya kini sedang melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila berkongsi sudah dirisik oleh keluarga kekasih hati.
Nurel, atau Nurelyana Baharin, 24, berkata keputusan untuk menamatkan zaman bujang dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.
Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran dan keyakinan terhadap aturan hidup yang telah ditentukan.

Nurel (kiri) ketika bakal mentuanya menyarungkan cincin di jari manis.





