PENYANYI Nubhan tampil menjelaskan dakwaan mempunyai sebuah rumah di Southville, Dengkil, Selangor selepas dibangkitkan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek baru-baru ini.
Kata Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, kediaman tersebut disewa selepas mengambil keputusan menetap di sana apabila timbul masalah dalam perkahwinan mereka.
Menurutnya keputusan tinggal berasingan dibuat sebagai langkah terbaik bagi mengelakkan pertengkaran diketahui oleh anak-anaknya.

Dr Afifah (kanan) dakwa tidak tahu kewujudan rumah di Dengkil.







