PENYANYI dan usahawan Nubhan Ahmad hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa bagi prosiding komital berhubung dakwaan pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan terhadap bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, kehadirannya adalah bagi mengikuti proses perundangan tersebut yang kini sedang berjalan.
"Hari ini adalah prosiding komital atas pelanggaran terhadap perintah mahkamah," katanya kepada mStar.

Nubhan harap prosiding berjalan dengan baik.





