PENYANYI Nubhan tetap berpegang pada pendirian untuk tidak membuka aib bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meskipun wanita itu sering berkongsi hal peribadi membabitkan mereka di media sosial.
Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad, 40, bekas isterinya itu tetap ibu kepada anak-anak mereka dan dia tidak pernah terlintas untuk mendedahkan sebarang keburukan mengenai Dr Afifah kepada umum.
"Saya tak boleh halang apa yang dia nak buat, tapi saya tetap cuba menjaga aib atau perkara buruk tentang bekas isteri. Itu yang sebaiknya.

Nubhan masih hormati Dr Afifah sebagai ibu kepada anak-anaknya.






