SELEPAS nama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa netizen kononnya tidak memberikan sokongan kepada konsert artis tempatan yang lain, penyanyi Nourul Depp tampil mempertahankan sahabatnya itu.
Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 49, menyelar tuduhan tidak berasas tersebut dan mendedahkan bahawa Siti merupakan seorang yang sangat menyokong rakan industri.
Meskipun jadual kerja Siti padat, Nourul mendedahkan penyanyi itu tetap sudi merakamkan video khas untuk mempromosikan konsertnya sebelum ini.

Hantaran Nourul di Threads.






