PELAKON Norreen Iman tidak dapat menahan sebak apabila menerima maklum balas positif daripada seorang individu yang tidak dikenali selepas menonton filem lakonannya berjudul Mikael Pemburu Dua Alam.
Meluahkan rasa terharu, Norreen, 32, turut berkongsi tentang perjalanan kerjaya seninya yang bermula dengan watak sampingan sebelum diberi kepercayaan membawa karakter lebih penting dalam sesebuah karya.
“Perjalanan saya tidak mudah. Saya bermula dalam industri dengan watak kecil-kecil. Tak kisah pun berapa bayaran yang diterima. Saya tak pernah buat masalah dengan orang.

Norreen menunjukkan mesej daripada peminat yang tidak dikenali.






