PELAKON Norreen Iman banyak mengalirkan air mata saat pertama kali mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 30, bagaimanapun berkata, di sebalik perasaan sayu menyelubungi diri, dia bersyukur kerana semua urusan umrah dipermudahkan Allah SWT.
“Saya gembira sangat. Ini adalah satu-satunya foto yang boleh lihat saya tersenyum depan Kaabah. Selebihnya muka nak menangis sahaja.
Norreen teruja dapat menunaikan umrah di Tanah Suci.