PELAKON Norman Hakim tidak pernah putus mendoakan kebahagiaan Marissa Dania serta menantu dan madu anak perempuannya agar sabar menempuh ujian hidup berumah tangga.
Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, turut meluahkan rasa sayang terhadap menantu Ahmad Aslam dan isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.
Kata Norman, dia percaya ujian setiap manusia berbeza dan untuk mengajar mereka tentang rasa syukur.
Norman dan Abby ketika sambutan ulang tahun Marissa ke-18.