Hiburan

Norlia Ghani dedah pernah dilamar P. Ramlee ketika usia 17 tahun… “Tapi mak saya cakap tuan dah ada Saloma”

PELAKON veteran, Norlia Ghani mendedahkan dirinya pernah dilamar Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ketika di awal pembabitannya dalam industri seni hiburan.

Norlia, 78, berkongsi perkara itu menerusi program bertajuk Legasi Podcast pada awal tahun lalu, namun rakaman berkenaan kembali tular di media sosial apabila dimuat naik semula oleh akaun Instagram dikenali My1rekomen.

Dalam video podcast berdurasi satu jam 40 minit itu, Norlia mendedahkan P. Ramlee pernah datang sendiri ke rumahnya di Klang, Selangor bagi menyatakan hasrat untuk memperisterikannya.

Norlia tidak pernah berkongsi rahsia ini kepada sesiapa kecuali dua individu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh