PENYANYI Shiha Zikir meluahkan rasa sedih terhadap Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris selepas menerima kecaman hebat daripada segelintir netizen di aplikasi Threads.
Menurut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, dia terkejut melihat komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap Noraniza atau lebih dikenali Kak Ani hanya kerana penyanyi itu menyukai lagu nyanyiannya berjudul Minta Ampun.
"Saya sedih apabila Noraniza Idris terima kecaman seperti itu. Pada saya, macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen seperti itu?
Shiha maklumkan perkara itu ketika ditemui media.

Shiha baru sahaja melancarkan lagu rayanya bertajuk Memori Raya.



