KETIADAAN arwah suami iaitu komposer Johan Nawawi membuatkan penyanyi Datuk Nora Ariffin berasa tidak lengkap untuk mengadakan konsert solo yang bakal berlangsung pada Disember depan.
Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, berkata setiap kali membuat latihan menyanyikan lagu-lagu ciptaan arwah, dia akan sebak dan tersentuh mengingati perjalanan karier muziknya bersama Johan.
“Memanglah rasa tak lengkap kerana tiada dia (arwah Johan) tapi saya tahu kalau dia masih ada mesti dia gembira kerana ini akhirnya saya dapat merealisasikan impiannya untuk membuat konsert.

Nora teruja bakal menganjurkan konsert solo tidak lama lagi.






