PELAKON Nora Danish mendedahkan dia sering menerima pelbagai mesej daripada individu yang cuba menjodohkannya, termasuk wanita yang secara terbuka menawarkan suami mereka untuk dijadikan madu.
Tidak memberikan respons terhadap mesej tersebut, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 44, sebaliknya mengakui terhibur apabila mendapat pelawaan sedemikian.
"Bila media tulis cerita saya, ada saja orang DM macam-macamlah. Nak kenalkan suami dialah, ada yang adik nak ‘kenenkan’ untuk abang dia dan macam-macam.

Nora tidak mahu ambil serius mengenai isu tersebut.






