PENYANYI Datuk Nora Ariffin berharap pengagihan bantuan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bagi sektor muzik dapat dilaksanakan secara lebih seimbang bagi tahun ini.
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafiza Wan Ariffin, 53, berpendapat, penyaluran dana tersebut tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada penggiat seni yang sudah selesa atau nama-nama besar yang kukuh.
Malah, ia sebaliknya perlu membuka ruang kepada bakat-bakat baharu yang memerlukan sokongan.

Nora harap bakat baru turut mendapat peluang sama.





