Hiburan

Nora Ariffin beri persembahan bertenaga sempena konsert 30 tahun, istimewa duet bersama arwah suami guna AI

GENAP 30 tahun berkecimpung dalam industri muzik, penyanyi Datuk Nora Ariffin membuktikan kemampuan dirinya untuk terus berkarya apabila berjaya menghiburkan peminat menerusi konsert Hanya Satu – Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Selangor pada malam Rabu.

Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, dilihat cukup bertenaga menghiburkan 700 penonton dengan mendendangkan 18 buah lagu popular nyanyiannya selama tiga jam.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Sandiwara, Di Persimpangan Dilema, Desa Tercinta dan Dendam Dalam Diam.

WhatsApp Image 2024-12-19 at 17.28.14

Nora terharu lihat sokongan peminat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh