PELAKON Noorkhiriah menzahirkan rasa syukur dan sebak apabila menerima sokongan orang ramai yang sudi menyumbang bagi meneruskan usahanya dalam menguruskan jenazah secara percuma.
Menurut Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, dia tidak menyangka ramai tampil menghulurkan bantuan selepas memaklumkan dana pertubuhan amal yang diusahakan semakin berkurangan.
"Saya tak mampu nak balas segala kebaikan yang repost dan menyumbang. Rasa nak nangis sebab ramainya orang baik-baik bantu saya meneruskan fardu kifayah ini.

Noorkhiriah terharu dengan bantuan orang awam.






