SENIWATI Noor Kumalasari sanggup melepaskan tawaran lumayan bernilai ratusan ribu ringgit demi mempertahankan prinsipnya untuk terus berhijab.
Noor, 70, mendedahkan tawaran membintangi sebuah drama bersiri itu ditolak selepas dia diminta menanggalkan hijab, sekali gus menjadi antara ujian terbesar pada awal fasa penghijrahannya.
"Cabaran pada permulaan berhijab dahulu memang banyak. Saya pernah menerima satu tawaran besar bernilai lebih RM100,000 untuk sebuah siri televisyen, tetapi tolak disebabkan mereka meminta saya membuka tudung.

Pelbagai dugaan dilalui Noor selepas berhijab.





