Hiburan

Noh Salleh teringin duet Siti Nurhaliza, mahu konsert solo orkestra jadi acara tahunan

SEMPENA konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra, penyanyi Noh Salleh memasang impian besar untuk menyaksikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir sebagai penyanyi jemputan di konsertnya itu.

Sedar akan kedudukan dirinya, Noh, 41, menyuarakan hasrat tersebut sebagai tanda penghormatan tertinggi buat Siti yang tidak pernah melupakan bakat seninya dalam pelbagai acara berskala besar sebelum ini.

“Saya sedar siapalah Noh Salleh untuk mengharapkan Siti Nurhaliza ikut serta dalam konsert ini. Tetapi itu memang impian saya, bukan kerana statusnya semata-mata tetapi kerana beliau tidak pernah melupakan saya dalam banyak kegiatan seni termasuk konsert besarnya sebelum ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh