PENYANYI Noh Salleh meluahkan rasa syukur dan teruja apabila karya duet terbaharunya bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.
Lagu yang dipilih sebagai runut bunyi (OST) rasmi bagi drama bersiri Viu Original Cinta Dalam Sekam itu bukan sahaja berjaya menyentuh emosi penonton, malah melonjak naik sehingga menduduki tangga pertama di carta iTunes Malaysia.
Mengulas mengenai impak positif tersebut, Noh, 41, menyifatkan kolaborasi bersama siri popular berkenaan sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan Sang Penikam kepada khalayak ramai.

Lagu ‘Sang Penikam’ semakin diterima ramai.






