PELAKON Salina Saibi sempat berkongsi nasihat kepada pasukan produksi drama Gerak Khas 2.0 agar tidak melibatkan diri dalam sebarang masalah yang boleh mencemarkan nama baik mereka.
Menerusi satu hantaran video, Salina, 44, mengingatkan tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan sepanjang mereka menjalani penggambaran drama tersebut.
“Sebagai artis kita kena jaga tingkah laku. Ramai mata yang memandang dan mencari salah kita. Pertama, tidak boleh pergi disko. Dalam tempoh lima bulan ini orang akan cari kesilapan. Gerak Khas ini ramai yang dengki dengan kita.

Salina berkongsi nasihat bersama pasukan produksi.






