PENYANYI Nizam Laksamana memberitahu dia tiba-tiba diserang masalah vertigo selepas mengalami pening kepala yang melampau ketika tampil membuat persembahan dalam sebuah acara pada Ahad.
Kata Nizam, 58, dia pada awalnya menyangka mengalami masalah jantung namun disahkan menghidap vertigo selepas melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah pusat perubatan.
“Ahad lepas saya ada persembahan di Klang, bila tiba giliran menyanyi saya rasa pening dan nak tumbang. Tapi saya bertahan juga dan teruskan menyanyi.

Nizam minta pandangan ramai cara mengawal vertigo.






