SEKIAN lama tidak muncul di pentas besar, penyanyi Nita Hamzah memilih TikTok sebagai platform untuk terus berkarya selain mencari sumber pendapatan.
Nita, 46, berkata dia kini aktif membuat persembahan secara langsung di aplikasi berkenaan dan pendapatannya bergantung kepada hadiah (gift) yang diberikan peminat.
"Saya kini aktif menyanyi secara langsung di TikTok. Terus terang saya cakap kalau menyanyi di TikTok pendapatannya bergantung kepada gift pemberian peminat.

Nita tidak malu mencari rezeki dengan membuat siaran langsung di TikTok.





