BAKAL mempertaruhkan lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan, penyanyi Ning Baizura terharu apabila mendapat tunjuk ajar daripada pemilik asal karya berkenaan iaitu Mas Idayu.
Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 50, berkata, dia sangat mengagumi Mas Idayu yang disifatkan sebagai seorang yang baik hati, berdisiplin serta tegas.
Kata Ning yang bakal mempersembahkan lagu berkenaan di peringkat suku akhir Gegar Vaganza ke-11 (GV11) pada Ahad ini, dia juga banyak mendapat inspirasi ketika sesi bersama Mas Idayu.

Ning berjanji akan memberikan persembahan terbaik menerusi lagu nyanyian Mas.






