SELEPAS dituduh tidak peka dengan isu melanda Palestin, penyanyi Ning Baizura tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai reaksi spontannya yang bertanya ‘siapa Rafah’ semasa melakukan video siaran langsung di Instagram miliknya pada 14 April lalu.
Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, berkata, dia tidak sengaja memberikan tindak balas tersebut selepas mengalami kesukaran menyebut nama peminat sebelum itu.
“Kalau awak ada peluang untuk menonton keseluruhan video itu pasti awak tahu apa yang berlaku dan saya ada kongsi di Instagram saya.
Nama Ning hangat menjadi bualan netizen.