MEMAHAMI nasib wanita yang teraniaya dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya, pelakon dan usahawan Nur Nilam Ortiz mengambil inisiatif menubuhkan pasukan peguam bagi membantu golongan terbabit.
Nilam, 45, berkata dia bersama pasukan peguamnya kini mula menguruskan kes terpilih dengan menawarkan bantuan guaman secara percuma yang dibiayai menggunakan wang peribadinya sendiri.
"Alhamdulillah, hari ini saya bersama pasukan peguam sudah mula bergerak untuk menguruskan kes-kes yang diambil bagi membantu wanita-wanita teraniaya.

Hantaran Nilam raih perhatian kaum wanita.






