Hiburan

Niat bantu anak tahfiz terbantut, Linda Rafar dedah alami kerugian hampir RM1 juta… Dianiaya sekumpulan individu berpangkat datuk

NIAT penyanyi Linda Rafar untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan pusat tahfiz terbantut apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan melibatkan sekumpulan individu ternama sehingga mengalami kerugian hampir RM1 juta.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 47, turut memberi amaran kepada pihak terlibat agar segera memulangkan semula wang berkenaan sebelum dia bertindak mendedahkan identiti mereka kepada umum.

Menurut Linda, dia sepatutnya menerima keuntungan dari perniagaan tersebut bermula September tahun lalu, namun sehingga kini satu sen pun tidak diperolehi.

Linda sebelum ini turut memberi amaran kepada kumpulan berkenaan di media sosialnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh