Hiburan

Netizen sibuk cari identiti isteri Hafiz Suip… Rupanya ejen insurans hebat, pernah sertai program realiti nyanyian

SELEPAS penyanyi Hafiz Suip mengejutkan peminat dengan berita perkahwinannya dengan Fiona Saffiyya, rata-rata netizen mula mencari identiti wanita bertuah itu.

Menerusi perkongsian di akaun Threads tulip_impiana, Fiona dipercayai bekerja sebagai ejen insurans berjaya yang sering memenangi anugerah setiap tahun dalam industri tersebut.

Malah, pemilik akaun itu menyifatkan Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, beruntung dikurniakan seorang perancang kewangan yang hebat.

Hafiz dan Fiona sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh