SUSULAN permintaan pelakon Kamal Adli agar orang ramai tidak meninggalkan komen negatif terhadap isterinya, Uqasha Senrose, ruangan komen di akaun Instagram (IG) aktres itu kini dibanjiri dengan pesanan penuh kasih dan doa daripada netizen.
Rata-rata pengikut menyatakan rasa simpati terhadap pasangan berkenaan dan berharap Uqasha memberi peluang kepada suaminya untuk memperbaiki hubungan rumah tangga yang sedang bergolak.
Menerusi pemerhatian mStar, ruangan komen di Instagram Uqasha dibanjiri komen positif selain ada yang menyampaikan pesanan daripada Kamal dalam temu bual bersama media di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Kamal masih sayangkan Uqasha.






