Hiburan

Nelissa Nizam ikut pesan ibu cari duit sendiri baru sambung belajar, kini genggam segulung ijazah

MEMULAKAN kerjaya seni seawal usia 17 tahun tidak menghalang pelakon Nelissa Nizam daripada mencapai impiannya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal (Interpersonal Communication) di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor pada Khamis lalu.

Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 28, berkata, perjalanan untuk menggenggam segulung ijazah bukan mudah apabila dia perlu membahagikan masa antara komitmen penggambaran, tugasan akademik dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Menurutnya, jadual penggambaran yang tidak menentu menjadi cabaran terbesar sepanjang tempoh empat tahun setengah pengajiannya sehingga ada kalanya dia terpaksa menyiapkan tugasan universiti di lokasi penggambaran sementara menunggu giliran untuk berlakon.

Nelissa bersama ibunya, Ayu Manaf.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh