PELAKON Nelissa Nizam menolak dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai ‘anak emas’ Dr Ahmad Idham hingga dikatakan sering diberi keutamaan dalam projek terbitan pengarah itu.
Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 27, mengakui tidak mampu menghalang mulut orang luar, namun berpendapat keserasian di lokasi penggambaran menjadi sebab dia kerap diberi peluang bekerjasama.
"Kalau orang nak cakap macam itu (anak emas) saya tak boleh nak halang. Saya rasa ada sahaja projek Idham bersama orang lain.

Nelissa sangkal dakwaan kononnya dia anak emas Ahmad Idham.






