PELAKON dan penyampai radio Neera Azizi mendedahkan pernah diminta membuka tudung semata-mata bagi menjayakan watak dalam sebuah drama bersiri.
Menurut Neera atau Nurazneera Azizi, 27, pihak produksi hanya meminta dia untuk menanggalkan tudung semasa penggambaran sahaja.
Dia bagaimanapun menolak tawaran berkenaan kerana merasakan perkara itu seperti menipu netizen yang mengetahui status dirinya kini sudah berhijab.

Neera mahu jujur dengan diri sendiri.






