BEKAS suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri melihat perceraian yang berlaku tidak akan mengubah hubungan baik antara mereka.
Bagi Nedim atau Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41, perkara tersebut akan kekal dipelihara meskipun mereka kini bukan lagi berstatus suami isteri.
“Tiada yang berubah, cuma dia bukan milikku dalam Islam,” katanya ringkas.
Nedim dan Nora berpisah selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.