PELAKON Nazeera Sardi menganggap penampilan tindik di telinganya dalam drama Hening Rindu yang didakwa tidak sesuai dengan watak yang dibawakan bukan satu isu.
Nazeera atau Siti Nazirah Sardi, 39, berkata perkara yang menjadi bualan netizen di laman Threads itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia tidak menjejaskan jalan cerita drama berkenaan.
Bagaimanapun, pelakon itu dilihat menerima teguran tersebut dengan tenang tanpa melatah atau berkecil hati.

Nazeera menjawab dakwaan yang dipersoalkan oleh netizen.




