PENYANYI dan pelakon Bella Astillah mencuit hati peminat apabila berkongsi momen dirinya berasa gementar selepas terpandang wajah bakal ibu mentuanya ketika majlis bacaan ayat suci al-Quran, sehari sebelum bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berseloroh dia hampir tersasul membaca doa ketika majlis tersebut gara-gara perasaan gemuruh yang dialaminya.
“Ma, saya nampak ustazah saya senyum. Tapi bila ternampak mama, tiba-tiba saya gemuruh. Nasib baik tidak terbaca doa makan,” seloroh Bella menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Majlis khatam al-Quran dibuat sehari sebelum pernikahan Bella dan Syed Saddiq.






