Hiburan

Nash dimarahi Jay Jay sebab lagu ‘Pada Syurga di Wajahmu’, imbau jasa arwah terhadap karier seninya

TERLALU banyak kenangan bersama, penyanyi Datuk Nash memberitahu Allahyarham Jay Jay memainkan peranan besar dalam perkembangan kerjaya seninya.

Mengimbau kenangan sepanjang perkenalan mereka itu, Nash atau Nashrudin Elias, 64, memberitahu dia pernah dimarahi ketika merakamkan lagu Pada Syurga di Wajahmu gara-gara tidak mampu menyampaikan penghayatan dengan baik.

“Dia adalah seorang insan yang sangat baik. Saya banyak sejarah dengan saya, dia menjaga tiga album saya dan dia juga mengendalikan album itu. Dia produce tiga album itu. Lagu Pada Syurga Di Wajahmu adalah air tangan dia.

Copy of Untitled (21)

Nash berkongsi perkara itu ketika hari pengembumian Allahyarham pada Isnin.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh