PASANGAN duo Naqiu dan Joey serta Zahid dan Anne terpaksa berlapang dada apabila tersingkir di peringkat separuh akhir program Famili Duo musim keempat (FD4) yang diadakan pada malam Ahad.
Manakala tiga pasangan yang mara ke peringkat akhir adalah Ayie dan Salma, Tomok dan Sharul serta Shiha dan Ieda bagi merebut gelaran juara minggu hadapan.
Pada minggu separuh akhir, Ayie dan Salma turut muncul sebagai juara mingguan apabila persembahan menerusi lagu Andaiku Bercinta lagi (Mojo) dan Jangan Khianati Aku (Azlan Typewriter) mendapat pujian juri.

Persembahan Joey (kiri) dan Naqiu gagal menambat hati juri.





