PENYANYI Naqiu tampil mempertahankan Aisha Retno yang kini menjadi mangsa serangan dan kecaman netizen dari negara seberang, Indonesia.
Dalam hal ini, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, berpandangan setiap anak seni bebas untuk berkarya dan tidak sepatutnya kreativiti itu disekat.
“Saya tak ambil peduli pun. Tak perlu nak sekat kreativiti orang lain. Kenapa kita nak kena fikir orang kritik? Dalam hal ini saya tahu apa yang Aisha buat.
Naqiu berkongsi pendapatnya ketika ditemui media.

Aisha dikecam netizen Indonesia baru-baru ini. 



