KUMPULAN Nanas yang dianggotai Achey, Namie dan Shashic diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) yang berlangsung di Royal Shah Alam Theatre, Selangor pada Sabtu.
Kemenangan itu melayakkan kumpulan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 beserta trofi.
"Syukur ke hadrat Illahi, terima kasih kerana sentiasa menyokong ketika naik dan turun kami.

Nanas sebak diumumkan sebagai juara.





