DILIHAT sentiasa tenang ketika berdepan dugaan rumah tangga, personaliti media sosial Aisyah Hijanah sentiasa cuba bersangka baik dengan semua dugaan dan ujian dihadapinya ketika ini.
Menyangkal isu rumah tangga sebagai teknik pemasaran, Aisyah sebaliknya memberitahu sudah cuba sedaya upaya mengelak melakukan perkara mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.
“Apa yang berlaku bukan marketing. Mungkin orang lihat saya tenang sahaja dan sampai sekarang seperti tiada apa-apa yang berlaku.







