PELAKON Taufiq Hanafi meluahkan rasa terkilan dengan penerbitan artikel menggambarkan dia sebagai seorang yang gemar mengikis wang wanita.
Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 32, berkata, pada awalnya dia tidak mengambil pusing tentang artikel berbentuk gosip itu ramai mula memetik namanya berdasarkan klu diberikan.
“Saya ada baca sebuah artikel yang ditulis secara agak terperinci butirannya namun saya tak mahu ambil kisah dan anggap berita itu tentang artis luar negara.
Taufiq tidak senang apabila namanya mula dipetik netizen.