SEJAK namanya semakin dikenali, anak pelawak Shuib iaitu Thalita mendakwa dipulaukan segelintir rakan-rakannya di sekolah.
Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, memberitahu dia tidak tahu punca sebenar mengapa perkara itu berlaku kerana percaya dia tidak pernah berubah.
Pun begitu Thalita enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk dia berhenti mengejar impian sebagai penyanyi.







